SMN & SNB =)

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, December 16, 2008

KEPUASAN HATI aku..NIKMAT MENJADI ANAK..




Dalam kesibukan seharian mencari rezki kat Putelajaya ni…aku slalu ingatkan allahyarham bapak aku n mak aku kat kampong. It is hard to explain. They keep spinning in my head…and for me..itulah yg selalu stop aku dari uat benda2 yg x baik n bersungguh2 dlm melakukan sesuatu.Tapi apa2 pn aku amat bersyukur kpdNYA di atas segala yg sedang aku miliki (peliharalah dan pandulah aku ke jalan yang diredhaiMu). Bulan puasa dh nak dekat..terkenang bapak aku. Ghaya tanpa bpk yg aku amat sayangi (menitis air mata aku). Redha..redha..tapi aku ada hak utk merindui. He is the best dad..waktu hidupnya pun aku dah tau aku dikurniakan Allah seorg ayah yg terbaik. Aku selalu dimanjakan bpk..tp aku x amik kesempatan. Antara kenangan aku dengan bapak yg aku x dpt lupa:

• Dulu masa kecik2..aku slalu tgk gusti dengan bapak.tp aku tgk sekejap ja..lebihnya aku tidoq..nnt bpk aku dukung aku bw naik atas..dah la berat..tak penah merungut..

• Semasa membesarkan aku dan abg..bpk aku penah keja mcm2..jadi guard, nelayan, peniaga satay, roti canai, pekebun dan last skali kontraktor..xpenah merungut pun…

• Masa sekolah menengah..aku pemalas p sek..bpk la selalu hantaq aku p sek pagi2..kdg amik…masa praktikal..kdg2 kalau dah lewat…bpk aku la yg selalu tolong amik aku.kdg masa atas motor..bpk aku selalu tumbuk2 belakang dia..aku tau bpk aku sakit belakang sbb bw moto jauh2. kdg menitis air mata aku kesian kat dia..tapi nak uat cm na..susah skit time tu..tak penah sekali pn merungut…

• Bila bpk aku p kerja..masa tu bpk aku keja guard kat komtar, penang..bpk akn selalu kol aku..tanya “adik nak kandos(Cadbury) tak???” Masa aku besaq ni…bpk aku selalu kol aku tanya “adik nak teh ais tak???”…sebab bpk aku tau aku suka semua benda tu..dia slalu cuba utk menggembirakan aku…tak penah sekali pun dia merungut…

• masa aku belajaq kat U..bpk akn selalu kol..bpk aku tny ringkas ja.. “adik dah makan?”… “duit cukup??” aku YA kan saja semua persoalan itu…kerna bg aku kebahagian ayah lg penting drpd penderitaan kecil yg aku alami…

• setiap kali peperiksaan..aku akn belajaq bersungguh2..sbb aku nk mak bpk aku ada sesuatu untuk dibanggakan drpd anaknya. Aku seronok tgk muka mak bpk masa aku masa aku bg result UPSR, PMR, SPM, universiti…senyuman terukir penuh ikhlas..suatu KEPUASAN HATI uat aku…kdg2 masa aku bagi result universiti… bpk aku x paham sgt..dia selalu tanya kenapa x dpt semua A (GPA 4.00)..aku senyum saja..sbb aku tau bpk aku x tau yg nk dpt above 3.5 pn bkn senang….

• Bapak aku ni rajin mengaji n pegi masjid orgnya. Dia x suka amik port kalu org ngutuk2 ni…kalau ada duit..dia x kedekut. Kalau cuti..aku balik rumah…bpk mengaji dan bc tafsir..then apa yg penting..dia akan pgl aku dan mak…explain kat kiteorg….bpk aku seorang yg rajin membaca…aku bnyk amik sifat2 ni drpd dia..sbb aku pn suka membaca…

• Bapak aku syg giler kat mak aku.kalau kami ank2 kurang ajar skit ja kat mak..mesti kena marah. Bpk la yg selalu tlg mak uat keja rumah. Keja apa la yg bpk aku x uat kat rumah tu…semua dia tolong…he is so helpful n responsible…

Itulah sedikit sebanyak..kisah ttg bpk aku.walaupun bapak aku x sempat merasa aku kerja…itu x penting.yg penting doa dari anak yg soleh dan solehah yg hanya dapat menolong bpk aku. Hargailah ayah anda…walaupun aku ni dh menjangkau umur 20-an..tapi i still miss him like a child…tapi aku amat bersyukur kerana aku masih ada ibu…sekurang-kurangnya..tempat untuk aku menabur bakti n mbalas jasa membesarkan aku di dunia ini masih ada. Thank you ALLAH!! Semoga bpk aku tergolong dari org2 yg beriman dan beramal soleh (al-Fatihah).

Tuesday, December 9, 2008

kejadian tanah runtuh di bukit antarabangsa

salam..aku nk bg pendapat aku mengenai kejadian tanah runtuh di bukit antarabangsa.ok..sebagai umat islam kan..kjadian bencana alam ini aku anggap sebagai peringatan kepada kita seluruh umah Islam..bukan kepada penduduk bukit antarabangsa saja.

sekarang ni kalau kita tgk berita kan..senario tendang bola sedang belaku ye..ko tuduh aku..aku tuduh ko..cm tu la setiap kali bencana melanda negara kita.mungkin tindakan penduduk kawasan itu menyaman PBT..adalah satu langkah yg betul.PBT may be "negligent" in doing their job. tapi tindakan penduduk memarahi Azmin (PKR) tu adalah tidak wajar ya. sbb pada waktu kelulusan untuk projek itu diberi..kwnsn bukit antarabangsa berada di bwh jajahan org lain ya.harus diingat itu! pihak PBT mungkin perlu lebih berwaspada..apa2 pun..yg disuap dh pun kenyang ya..yg menjadi mangsa adalah penduduk.

mungkin pada waktu sekarang ni..penduduk harus berasa syukur..at least setelah bencana ini berlaku.bnyk org dtg nk tolong..tp bila aku tgk berita..ada penduduk yg kata diaorg ni bukan dtg nk tolong tapi saja nk tunjuk glamor..xbaik la ckp cm tu kan..ada yg cakap..lambakan pasukan beruniform menyebabkan pergerakan makin sukar.apakah ini? kan at least jalan siap untuk korang berpindah..

sekarang ni..pantai timur dan tempat2 lain..suma sedang dilanda bencana..majoritinya sedang diuji ALLAH..tpi aku rasa yg bengang tahap meletup2 adalah penduduk di bukit antarabangsa.kdg2 aku pelik..wpun org lain lebih miskin n susah..mereka lebih redha n lebih kewl..rumah rosak hbs..keta rosak..stay calm ja...but as compared to penduduk bukit antarabangsa..yg bijak pandey, yg lebih kaya..salah org tu..salah org ni...salah diri sendiri dulu la.sape suh beli umah kat situ..huahahaha.

ada aku tgk MHI (malaysia hari ini) mazidul akmal sidek ckp...dia tiba di tempat kejadian agak awl n ..dia terpaku melihat satu papan tanda yg ermmmm..aku rasa mcm riak pun ada...kalau x salah aku begini "KEHIDUPAN DI KAWASAN TINGGI ADALAH KEHIDUPAN BERTARAF." lagi satu aku tgk kt TV9..NASI LEMAK KOPI O...aku x da dalil atau hadis nk support..tp sepatutnya kita x leh bina umah lebih besor dr umah ALLAH..cm tu la lebih kurang..tp kalau kita tgk di kawasan tu...surau dia kecik..and sedikit saja yg meng'imarahkan surau tu...tpi selepas bencana tu kita tgk..penuh sepenuhnya surau tu kan sampai x muat.ini semua kuasa ALLAH..bila DIA kata jadi..maka jadi lah ia.NO DOUBT!

jadi sebagai manusia biasa..pengajaran yg dpt aku ambil dr bencana itu adalah:

1-kita kena sentiasa ingat bahawa apa yg kita ada..semuanya adalah pinjaman..bukan hak kita..so bila2 masa ALLAH nk tarik..kita kena redha..percaya pada qada n qadar.org yg kita sayang adalah pinjaman..harta benda yg kita ada adalah pinjaman..

2-setinggi mana pun kita duduk..setinggi mana pun darjat kita..sepandai mana pun kita..ingat lah yg membezakan kita di mata Tuhan adalah tahap keimanan

3-berbaik sangka lah pada org lain..dan bersyukur lah kalau ada org nk bantu kita pada waktu kita susah.

4-banyakkan lah bersadaqah supaya harta yg kita ada tu bersih..ALLAH itu maha kaya..xkan berkurang harta kita kalau kita bersadaqah...akan bertambah..akan bertambah =D

so sampai di sini dulu ya..nnt aku luahkan lagi perasaan aku.hihik! wallahua'lam =D