SMN & SNB =)

Daisypath Anniversary tickers

Monday, December 14, 2009

gemuk vs kurus



gemuk salah..kurus salah..arghh..let me live my life!! tujuan ku meng-update blog ku kali ini..adalah untuk berkongsi sedikit sebanyak tips bagaimana untuk menurunkan berat badan yang telah ku amalkan dan untuk declare to the public yg aku x amik pil kurus atau benda2 yang sewaktu dgnnya!!!!! adoila..

syukur ke hadrat Ilahi..aku berjaya menurunkan berat badan around 20-25 kgs tanpa perlu berbelanja lebey. i vote for natural ways n i changed my lifestyle 360. semenjak aku turun berat bdan ni..ramai la yg tny kat aku...makan pil ape? jus mate 5 ke? ish...xkan xmakan pil kot? awat kurus sampai nmpk mcm org sakit?? nak kawen ke..kurus2 ni? (soalan2 yg cetek pemikiran)..tp ku layan je. tp ade jugak soalan yg cm ni... bani, cm ne ko trun berat ni? ku prefer soalan mcm tu..at least..jgn la tuduh ku uat benda2 yg korang penah uat tu. lain org lain cara beb.

inilah lumrah kehidupan..time ku gemuk..org ckp itu ini..mcm2 jenis penghinaan ku dpt. tp ku still enjoy my life. pedulikan ape org nk kata. tp perlahan2..ku ubah ke hidup yg lebey sihat n baik..berat badan mula trun. org ckp...ku kurus mcm org sakit plak. masih menerima penghinaan. tp ku xkesah..layan..yg penting...i love myself!!! itulah yg paling penting. self satisfaction n confident =)

so..bg yg nk tau tips yg ku dh apply adalah seperti berikut (bukan nk belagak or riak..sekadar berkongsi cerita bg yg berminat..hehe) :

1- ku mula makan mengikut piramid makanan yg disarankan dan makan benda yg betul pada waktu yg betul dengan kuantiti yg betul secara konsisten. makan pagi adalah wajib, tghari perlu makan benda yg seimbang (mesti ade karbo, protein, vitamin dan minerals), makan petang ku lebey kepada benda yg light skit..mcm roti..kueh..n malam, hanya jus epal ijau.

2-pada permulaan diet..perlu melakukan detox supaya berat badan lagi mudah turun. yang aku amalkan adalah natural la mcm minum jus epal ijau dan teh ijau.

3.mengamalkan senaman selama sejam setiap hari..mempunyai target calories to be burned pada setiap hari. pada mulanya..ku joging..kdg2 g gym kat area putrajaya (rm2 untuk sejam) hehe..kdg2 buat senaman kat umah je sbb ade basic equipment kat umah mcm dumbell, skipping rope and stepper.

4-ku minum air 45 minit atau sejam selepas makan. ku kunyah makanan dgn betul n menikmati setiap suapan dgn sebaiknya supaya cepat kenyang.

5-minum air 2 - 3 liter sehari..ini adalah salah satu cara detox jugak.

so basically..inilah yg ku amalkan. xperlu pil diet yg beratus ringgit..hanya perlukan disiplin yg tinggi dan kesungguhan. set ur goal n go for it. yg penting..walau apepun bentuk badan kite..always love yourself.

Sunday, November 22, 2009

5D 4N Miri & Brunei Darul Salam

pelayan hotel..mcm ni baru 1st class beb

kg air

masjid omar ali saifudin

bahasa melayu adalah bahasa rasmi negara

seterusnya..berkesempatan utk ke brunei. sepanjang perjalanan dr kuala belait, brunei..kiri kanan..hutan jela utk menuju ke bandar seri begawan. sigboard zikir turut diletakkan di bahu jalan. destinasi pertama jerudong park, then empire hotel dan seterusnya masjid omar ali saifuddin kot. masyarakat kat sana mmg peramah..dibuktikan dgn pakcik2 masjid yg menegur kami. berbekalkan 50 dolar..pegi la shopping. haha. kain kat brunei coraknya agak unik. i like! kat shopping mall..yg aku perasan..semua nama kedai lau nk tulis dalam BI..mesti ditulis dalam tulisan jawi sama. lg satu..kat hotel empire tu..pelayan hotel nya..memakai pakaian memutup aurat. sejuk mata memandang.berbeza sgt la dgn negara kita..kalau keje hotel..nk pakai tudung pun silap2 kena buang keje. ermm..hadhari la katakan. syukur ke hadrat Ilahi kerana memberi kesempatan utk melihat bumi brunei =)




lalapan ikan- healthy food

telaga minyak pertama

November bebaru ni..berkesempatan utk ke miri sbb keja. bandaraya miri..chantek. mempunyai pelbagai etnik...puas pusing bandarnya. g tgk kampung melayu..kat situ ramai org keje petronas n shell tgl kat situ. perumahan kat bandaraya..waduh..ibarat mahligai. biznez balak kot. haha. sempat gak ku g tgk telaga minyak pertama iaitu..grand old lady. selebihnya pusing2 bandar. dpt jugak memcuba makan tradisi kat sana..lalapan ikan n mee kolok kot.



4D3N Hong Kong =)







































sgt2 berpuas hati dgn trip ini..bersyukur ke hadrat Ilahi kerana memberi kesempatan kepada diri hamba untuk melihat dunia lain.

alhamdulillah..pada 3 hingga 6 november yg lepas, aku dan kawan2 berkesempatan untuk melawat HK. It was a wonderful trip. i like it alot. selama 4 hari di sana, kami melawat bnyk tempat la..antaranya adalah..temple street, ladies market, disneyland, ocean park, peak tram, madame tussauds, victioria harbour n tgk simphony of lite.

semasa berada di sana..suhu dalam 20-22 c..so rs mcm dalam air cond je. nice weather. masyarakat kat sana mmg leh berbahasa inggeris..so masalah komunikasi xdela sgt. semuanya kelihatan sibuk..warga city berjalan laju..sana sini agak sesak. MTR atau pun train diaorg la..sgt punctual..every 3 minutes kot. sbb seingat ku..xpenah menunggu lama..tgu sekejap je train dah sampai. public transportation is excellent. oleh kerana, permukaan HK agak berbukit..jadi tram jugak turut digunakan sebagai public transport. sepanjang perjalanan ku di sana...ku dpt melihat HK sgt bersih. mereka akan didenda ye sekiranya membuang sampah di merata tempat.

antara Kenangan yg xleh dilupakan adalah;

1- shopping bagai nk gila kat ladies market. shopping sampai xtau nk beli ape dah. haha. handbag, baju, gelang, bermcm2 jenis perhiasan dan sex toys pun ade. haha. erm..plg besh adalah time tawar menawar. mmg kena pandai tawar ngn diaorg..kalau x..mmg kena katok la. lagi kita nk belah..lgi harga akan trun. ade jugak para penjuall yg seolah2 memaksa. layan je la..

2- masa pegi ke ocean park. ku terserempak dgn seorg pakcik tua..memakai kupiah..mungkin dipimpin oleh cucunya. dari jauh dia memandang aku dan mengukir senyuman. adus.. terasa ukhwah islamiah terjalin di situ, rs mcm nk nanges. sebelum dia melewati aku..dia mengangguk kepalanya..aku membalas senyuman penuh ikhlas. bkn senang nk jmpa...yela sbb HK kan. they must be minority.

3-makan makanan cina di islamic community hall. wadus..sedap bangat sih. tp makanan utk seorg makan punyalah manyak. mungkin kat sana..warganya bnyk kot..kerana mereka perlu bnyk berjalan kan..pulak tu permukaan berbukit. perlu bnyk tenaga tu. yg plg xleh lupa kat sini adalah..time nk order makan. kawan ku dh pesan..kat HK ni kena order cepat2 sbb diaorg ni agak kurang sabar. baru ku nk membelek menu..tiba2 pelayan dia dtg marah suruh order cepat skit. aku pun order je la ape2 yg patut..takut amoi tu ngamuk. lepas dia pegi..aku senyum. sbb seronok tgk perangai2 penduduk kat sana. xpenah lagi la..nk bg order sampai kena marah.

4-kenangan naik feri pada waktu malam dekat2 victoria harbour tu..mmg xdpt dilupakan. i enjoyed every moment. menikmati pemandangan malam..melihat laut dan bangunan2 yg bercahaya. adus..speechless.

itu jela serba skit yg aku mampu coretkan. pergi la melawat HK..anda pasti berpuas hati. cuma ku nk ckp sesuatu kat sini. kdg kita pk..negara kita dh ckup bersih..dh ckup islamic..tp bila kita pegi tgk dunia luar. baru kita tau..kedudukan kita. contohnya, masa ku nk pegi ritu..ramai yg ckp nnt h1n1 la. tp bila dh pegi sana..ku risau ku yg bw virus dr msia ke Hk. haha. lu pk la sendiri beb!

Sunday, October 18, 2009

12 OF THE MOST ANNOYING TYPES OF FACEBOOK USERS


elo..lama gile aku x update blog ni. haha. mencari isu2 yg betul2 menambat hati utk diblogkan la kot. ok2..tajuk kali ni..mungkin agak daring utk aku ketengahkan. tpi xpe..jgn la sensitif sgt k.

facebook telah menjadi satu kegilaan kengkwn kita n termasuk la diri kita sendiri kan3? ada yg dah lama gile join..ada yg bru join n baru nk blajor. salah satu application yang mungkin menjadi keutamaan kita adalah meng-update status kita (aku pun suka). aku google td..aku terjumpa artikel "12 OF THE MOST ANNOYING TYPES OF FACEBOOK USERS" n terasa nak share. mungkin ramai yg dah baca artikel ni.

bagi aku dalam 12 jenis facebook users yg di-highlight-kan oleh penulis ini, yg paling annoying adalah (The Let-Me-Tell-You-Every-Detail-of-My-Day Bore). mesti ada di antara kita yg mempunyai kwn dlm FB yg macam ni kan. ahaks. relaks2..bg aku senang je..kalau dah annoying sgt..click je HIDE. so next time..dh x appear la kat news feed kita. may be sekali sekala terasa windu baru la kita visit profile dia.

dan bagi facebook user yg (The Let-Me-Tell-You-Every-Detail-of-My-Day Bore).. mungkin anda perlukan sedikit privacy kot. haha. kdg lawak jugak tgk status2 facebook user yg jenis cm ni.. terlalu expose menyebabkan hidup anda menjadi bualan di pejabat, rumah dan mn2 sj. anda terlalu mendedahkan kehidupan anda dan memberi peluang untuk org lain membuat penilaian yg mungkin sama sekali tidak benar ttg hidup anda dan yg berkaitan. so..ati2 la k. so enjoy the article..

The Let-Me-Tell-You-Every-Detail-of-My-Day Bore. "I'm waking up." "I had Wheaties for breakfast." "I'm bored at work." "I'm stuck in traffic." You're kidding! How fascinating! No moment is too mundane for some people to broadcast unsolicited to the world. Just because you have 432 Facebook friends doesn't mean we all want to know when you're waiting for the bus.

The Self-Promoter. OK, so we've probably all posted at least once about some achievement. And sure, maybe your friends really do want to read the fascinating article you wrote about beet farming. But when almost EVERY update is a link to your blog, your poetry reading, your 10k results or your art show, you sound like a bragger or a self-centered careerist.

The Friend-Padder. The average Facebook user has 120 friends on the site. Schmoozers and social butterflies -- you know, the ones who make lifelong pals on the subway -- might reasonably have 300 or 400. But 1,000 "friends?" Unless you're George Clooney or just won the lottery, no one has that many. That's just showing off.

The Town Crier. "Michael Jackson is dead!!!" You heard it from me first! Me, and the 213,000 other people who all saw it on TMZ. These Matt Drudge wannabes are the reason many of us learn of breaking news not from TV or news sites but from online social networks. In their rush to trumpet the news, these people also spread rumors, half-truths and innuendo. No, Jeff Goldblum did not plunge to his death from a New Zealand cliff.

The TMIer. "Brad is heading to Walgreens to buy something for these pesky hemorrhoids." Boundaries of privacy and decorum don't seem to exist for these too-much-information updaters, who unabashedly offer up details about their sex lives, marital troubles and bodily functions. Thanks for sharing.

The Bad Grammarian. "So sad about Fara Fauset but Im so gladd its friday yippe". Yes, I know the punctuation rules are different in the digital world. And, no, no one likes a spelling-Nazi schoolmarm. But you sound like a moron.

The Sympathy-Baiter. "Barbara is feeling sad today." "Man, am I glad that's over." "Jim could really use some good news about now." Like anglers hunting for fish, these sad sacks cast out their hooks -- baited with vague tales of woe -- in the hopes of landing concerned responses. Genuine bad news is one thing, but these manipulative posts are just pleas for attention.

The Lurker. The Peeping Toms of Facebook, these voyeurs are too cautious, or maybe too lazy, to update their status or write on your wall. But once in a while, you'll be talking to them and they'll mention something you posted, so you know they're on your page, hiding in the shadows. It's just a little creepy.

The Crank. These curmudgeons, like the trolls who spew hate in blog comments, never met something they couldn't complain about. "Carl isn't really that impressed with idiots who don't realize how idiotic they are." [Actual status update.] Keep spreading the love.

The Paparazzo. Ever visit your Facebook page and discover that someone's posted a photo of you from last weekend's party -- a photo you didn't authorize and haven't even seen? You'd really rather not have to explain to your mom why you were leering like a drunken hyena and French-kissing a bottle of Jagermeister.

The Obscurist. "If not now then when?" "You'll see..." "Grist for the mill." "John is, small world." "Dave thought he was immune, but no. No, he is not." [Actual status updates, all.] Sorry, but you're not being mysterious -- just nonsensical.

The Chronic Inviter. "Support my cause. Sign my petition. Play Mafia Wars with me. Which 'Star Trek' character are you? Here are the 'Top 5 cars I have personally owned.' Here are '25 Things About Me.' Here's a drink. What drink are you? We're related! I took the 'What President Are You?' quiz and found out I'm Millard Fillmore! What president are you?"

http://www.cnn.com/2009/TECH/08/20/annoying.facebook.updaters/index.html

Saturday, March 14, 2009

kata-kata hikmah

1. Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman.

2. Dunia ini umpama lautan yang luas. Kita adalah kapal yang belayar di lautan telah ramai kapal karam didalamnya.. andai muatan kita adalah iman, dan layarnya takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini.

3. Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.

4. Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu terlalu penting dalam sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan orang.

5. Hati yang terluka umpama besi bengkok walau diketuk sukar kembali kepada bentuk asalnya.

6. Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.

7. Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan. Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia akan pecah.

8. Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan. Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia dari memberi dengan banyak tapi diiringi dengan riak.

9. Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan.

10. Kata-kata yang lembut dapat melembutkan hati yang lebih keras dari batu. Tetapi kata-kata yang kasar dapat mengasarkan hati yang lunak seperti sutera.

11. Lidah yang panjangnya tiga inci boleh membunuh manusia yang tingginya enam kaki.

12. Agama tidak pernah mengecewakan manusia. Tetapi manusia yang selalu mengecewakan agama.

13. Nafsu mengatakan perempuan itu cantik atas dasar rupanya. Akal mengatakan perempuan itu cantik atas dasar ilmu dan kepintarannya. Dan hati mengatakan perempuan itu cantik atas dasar akhlaknya.

14. Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang amat kelam. Ianya wujud tapi amat sukar dilihat.

15. Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan.Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.

16. Seseorang yang bijak melahirkan kata-kata selalunya disanjung sehingga ia mula bercakap kosong

17. Harta akan habis digunakan tanpa ilmu tetapi sebaliknya ilmu akan berkembang jika ianya digunakan.

18. Kekayaan bukanlah satu dosa dan kecantikan bukanlah satu kesalahan. Oleh itu jika anda memiliki kedua-duanya janganlah anda lupa pada Yang Maha Berkuasa.

19. Sahabat yang tidak jujur ibarat dapur yang berhampiran. Jikalau pun kamu tidak terkena jelaganya sudah pasti akan terkena asapnya.

20. Mengapa manusia gemar mencetuskan pertelingkahan sedangkan manusia itu sendiri dilahirkan dari sebuah kemesraan.

21. Kita sentiasa muda untuk melakukan dosa tetapi tidak pernah tua untuk bertaubat.

22. Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan.

23.Setiap mata yang tertutup belum bererti ia tidur. Setiap mata terbuka belum bererti ia melihat.

24. Jadikan dirimu bagai pohon yang rendang di mana insan dapat berteduh. Jangan seperti pohon kering tempat sang pungguk melepas rindu dan hanya layak dibuat kayu api.

25. Menulis sepuluh jilid buku mengenai falsafah lebih mudah daripada melaksanakan sepotong pesanan.

26. Jangan menghina barang yang kecil kerana jarum yang kecil itu kadang-kadang menumpahkan darah.

27. Kegembiraan ibarat semburan pewangi, pabila kita memakainya semua akan dapat merasa keharumannya. Oleh itu berikanlah walau secebis kegembiraan yang anda miliki itu kepada teman anda.

28. Esok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk kita. Beringat-ingatlah untuk menghadapi esok yang pastikan mendatang.

29. Reaksi emosi jangan dituruti kerana implikasinya tidak seperti yang diimaginasi .

30. Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah.

31. Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal keranaberamal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa.

32. Penglihatan itu sebagai panah iblis yang berbisa, maka siapa yang mengelakkannya kerana takut padaKu, maka Aku akan menggantikannya dengan iman yang dirasakan manisnya dalam hati...

33. "Wanita yang cantik tanpa peribadi yang mulia, umpama kaca mata yang bersinar-bersinar, tetapi tidak melihat apa-apa"

34. "Kekecewaan mengajar kita erti kehidupan. Teruskan perjuangan kita walaupun terpaksa menghadapi rintangan demi rintangan dalam hidup"

35. Tanda Orang Bijaksana Ialah Hatinya Selalu Berniat Suci; Lidahnya Selalu Basah Dengan Zikrullah; Matanya Menangis Kerana Penyesalan (Terhadap Dosa); Sabar Terhadap Perkara Yang Dihadapi Dan Mengutamakan Akhirat Berbanding Dunia.

36. Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan,itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji."

37. "Hidup umpama aiskrim. Nikmatilah ia sebelum cair"

38. "Kata-kata itu sebenarnya tidak mempunyai makna untuk menjelaskan perasaan. Manusia boleh membentuk seribu kata-kata, seribu bahasa. Tapi kata-kata bukan bukti unggulnya perasaan"

39. "Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yang kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri. Perkara utama harus kita fikirkan ialah menerima sesuatu atau membuat sesuatu dengan baik berlandaskan kenyataan"

40. "Hidup adalah gabungan antara bahagia dan derita. Ia adalah menguji keteguhan iman seseorang. Malangnya bagi mereka yang hanya mengikut kehendak hati tidak sanggup menerima penderitaan.

41. Hadiah Terbaik :Kepada kawan - KesetiaanKepada musuh - KemaafanKepada ketua - KhidmatKepada yang muda - Contoh terbaikKepada yang tua - Hargai budi mereka dan kesetiaan.Kepada pasangan - Cinta dan ketaatanKepada manusia - Kebebasan

42. "Berfikir secara rasional tanpa dipengaruhi oleh naluri atau emosi merupakan satu cara menyelesaikan masalah yang paling berkesan"

43. "Hiduplah seperti lilin menerangi orang lain, janganlah hidup seperti duri mencucuk diri dan menyakiti orang lain."

44. "Dunia ini ibarat pentas. Kita adalah pelakonnya. Makaberlumba-lumbalah beramal supaya hidup bahagia di dunia dan akhirat"

45. "Akal itu menteri yang menasihati, Hati itu ialah raja yangmenentukan, Harta itu satu tamu yang akan berangkat, kesenangan itu satu masa yang ditinggalkan".

46. "Selemah-lemah manusia ialah orang yang tak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yang mensia-siakan sahabat yang telah dicari"

47. "Cakap sahabat yang jujur lebih besar harganya daripada harta benda yang diwarisi dari nenek moyang"

48. "Ingatlah, sabar itu iman, duit bukan kawan, dunia hanya pinjaman dan mati tak ber teman.."

49. "Lidahmu adalah bentengmu, jika dikau menjaganya maka ia akan menjagamu, dan jika dikau membiarkannya maka ia tidak akanmempedulikanmu"

50. "Orang yang paling berkuasa adalah orang yang dapat menguasai dirinya sendiri"

51. "Seseorang menganggap sekatan sebagai batu penghalang, Sedangkan orang lain menganggapnya sebagai batu lonjatan."

52. "Kalau kita melakukan semua yang kita upaya lakukan, sesungguhnya kita akan terkejut dengan hasilnya."

53. "Kita selalu lupa atau jarang ingat apa yang kita miliki, tetapi kita sering kali ingat apa yang ora dengan lain ada."

54. "Apa yang diperolehi dalam hidup ini, adalah sepenuhnya daripada apa yang kita berikan padanya."

55. "Fikirkan hal-hal yang paling hebat, Dan dikau akan menjadi terhebat. Tetapkan akal pada hal tertinggi, Dan dikau akan mencapai yang tertinggi."

56. "Dunia ini tiada jaminan melainkan satu peluang."

57. "Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan. Apa yang ada hanyalah percubaan, cabaran dan pelbagai peluang. Jaminan yang kekal abadi hanya dapat ditemui apabila kita kembali semula ke pada Ilahi."

58."Rahsia kejayaan hidup adalah persediaan manusia untuk menyambut kesempatan yang menjelma."

59. "Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah."

60. "Mengetahui perkara yang betul tidak memadai dan bermakna jika tidak melakukan perkara yang betul."

61. "Kecemerlangan adalah hasil daripada sikap yang ingin sentiasa melakukan yang terbaik."

62. "Jadikan sebagai aturan hidup untuk melakukan yang terbaik dalam apa jua yang dilakukan, pasti akan menghasil kecemerlangan

Tuesday, February 17, 2009

advice to young people

advice to young people: “Stay away from credit cards and invest in yourself and
Remember:


A. Money does not create man but it is the man who created money.
B. Live your lives as simple as you are.
C. Don’t do what others say, just listen them, but do what you feel good.
D. Don’t go on brand name; just wear those things in which u feel comfortable.
E. Don’t waste your money on unnecessary things; just spend on them who in need rather.
F. After all it’s your life then why gives chance to others to rule our life.”

-Warren Buffet-

aku copy dr blog:

http://perjalananku.com/2009/02/16/advice-to-young-people/

Wednesday, February 4, 2009

sirothal mustaqim...

seperti biasa..pukul 6.30 pg td..handphone aku berbunyi...mata masih mengantuk lg..tgn meraba ke suis tv. Tv pun menyala. setiap pagi sblm p keja...aku akan tgk MHI utk dgr newspaper's headlines. mata aku masih tertutup...tetiba terdengar mazidul (pengacara MHI) baca headlines paper pagi tu...berdegup kencang jantung aku. headlines newspaper ttg org tu mati..org ni accident..org ni kena bunuh. aku bayangkan kalau la..on the way p keja ni...aku accident n nyawa aku diambik kembali...aku x pantas untuk mencium syurgaMU ya ALLAH. aku xlayak...aku byk dosa :(
*
then..aku mandi..siap2 utk ke tmpt keja. otak aku masih memikirkan apa yg aku telah bygkan td. hidupkan enjin, ukak radio..n sambil makan pisang dlm keta. 5 minit kemudian aku memecut laju ke arah putrajaya. sesampainya di Jambatan Sembilu...aku sempat mendongak ke arah langit..sempat aku flash back, kalau naik kapal terbang ni..mesti nmpk mcm semut ja org2 kat bwh ni. apatah lagi...Tuhan yg Maha Esa memandang kita dr atas. memandang manusia...contohnya cm aku ni...pg lalai..ptg lalai..mlm lalai. hati kembali berdegup kencang. kekdg aku lupa apa yg aku cari dlm dunia ni..otak kdg2 terfikir bnda yg x dpt. pg tu..aku melangkah ke tempat kerja dgn penuh keinsafan. aku takut...betul2 takut. matikan aku dlm keadaan beriman Ya ALLAH. sirothal mustaqim & istqamah itulah cita2 ku. amen.

Saturday, January 31, 2009

ketabahan udak2 palestin tiada tandingan!!!


bebaru ni..aku x igt la tarikh kan..aku seperti biasa..tepat pukul 8 mlm..nonton buletin utama..dimulakan dgn berita terkini ttg GAZA CITY.

betapa aku kagumnya ngn sorang udak lelaki yg berumur 10 tahun ni..dia ditemuramah ttg bagaimana perasaan dia dgn peperangan yg sedang berlaku. dia jwb simple ja utk soklan pertama dan kedua...dia jwb... "la" wa "la"....then soklan seterusnya dia jwb HASBUNALLAH WA NIKMAL WAKIL. (maha suci Tuhan..cukuplah dia sebagai pelindung) -kalau x silap aku meaning dia. correct me if im wrong k.

terduduk, terkesima n berlenang ayor mata aku melihat ketabahan udak ini..dan jwpn yg menunjukkan begitu jitu dan kuatnya iman dia di kala baru berusia 10 tahun. dgn ujian yg begitu dahsyat...jwpn nya ...subhannallah. begitu matangnya pemikiran mereka..nk dibandingkan dgn org msia umo 40-an pun..may be xdpt jwb cm tu.

Kalau kita baru ditimpa bala skit ja..maki hbs suma org...org tu salah..org ni salah...xpenah nk pk ujian itu dtg dr siapa kan. aku tegur diri aku sendiri.

uat adik tu...semoga dikurniakan tahap kesabaran, kesyukuran yg tgi dan menjadi org2 yg hebat bila besar nnt :)



barakkalah hufik!

ukhwah fillah abadan abada

PERANCANGAN KEWANGAN



Perancangan kewangan yg baik adalah amat penting untuk memastikan kebahagian dlm hidup kita. Perancangan kewangan yg terbaik adalah mengikut keperluan hidup kita. Ianya perlu mempunyai strategi dan objektif yg jelas, praktikal dan mudah difahami. Aku x kata duit itu segala-galanya akan tetapi segala2nya memerlukan duit. Itu lumrah dunia yg harus kita terima kan. Gaji bnyk mn pun…kalau kita menerima berkat drpdNYA dan kita bijak menguruskannya..insyaALLAH akan cukup.

Ok..untuk para wanita yg amat aku sayangi…kalau kita ini diberi kesempatan utk hidup sampai usia emas la kan..jadi! Perancangan Persaraan itu amatlah penting..mari kita lihat beberapa fakta yg berkaitan yg mungkin leh trigger minda kita ya (aku petik dari http://www.simpanduit.com/) :

1- Hamper 85% org tua miskin adalah wanita
2- 80% penghuni rumah kebajikan adalah wanita
3- 60% wanita tiada pencen atau sara hidup
4- 18% wanita langsung tidak membuat simpanan utk persaraan
5- Lebih 72% pesara habiskan KWSP dlm masa 3 tahun sahaja (fuyyyooo!!!)

Rancang lah perancangan kewangan anda dgn baik…di usia awal 20-an…jgn la berhutang terlalu bnyk, gunakan credit card sewajarnya dan selalulah ukur baju di badan sendiri. Ramai org muda yg dh jadi muflis. Think about it ya! Wallahua’lam

Saturday, January 24, 2009

TO ALL THE SINGLE LADIES that i care so much!!

Salam to all readers..tujuan aku menulis artikel ini adalah untuk menyalurkan sedikit energy yg dianugerahkan oleh ALLAH kepada aku...bani! she is a single lady, optimistic about her future and highly motivated towards all the things that she dreams off. This article is specially dedicated to all the single ladies outhere!!

Ok..aku bercakap berdasarkan umur aku..ttg perasaan aku n pengalaman aku. Di kala ini usia aku adalah 24 tahun 1 bulan. Biasanya org2 di usia aku ni..ada yg sedang sibuk menamatkan zaman bujang mereka dan ada sibuk memperbaiki perjalanan kerjaya mereka la kan.

So bagi insan yg bernama bani..baginya dihadapannya ada bnyk pintu untuk dibuka dan utk di explore. Antara pintu2 yg berada di depan aku adalah pintu MENYAMBUNG PELAJARAN, VIOS/ HONDA CITY, UMRAH/HAJI, JODOH, PELABURAN dan bnyk lagi pintu (maksud pintu di sini adalah lebey kurang mcm peluang la cm tu la). so apa kaitan pintu dan single ladies?? Ermmm..

Aku bnyk jugak mendengar rungutan drpd single ladies .. “weh..bila nk dpt steady bf ni??” “bani, bila aku nk kawen??” “bani, aku nak anak!!” haha..mcm2 lagi soklan yg dilontarkan. Sebagai insan biasa..biasala kan soklan cm ni. Selalu jawapan aku cm ni la… “tgk aku ni pun xdak bf gak..relaks ja” hikhik.

So skg aku nk explain..apa kaitan pintu ngn single ladies. Bagi aku..i don’t put too much pressure about having a bf. Dan bagi aku...di depan aku bnyk pintu yg sedang terbuka dan menunggu aku untuk masuk ke dalamnya…jadi aku memilih untuk tidak berdiri saja di hadapan pintu jodoh dan sedih. No..no…ALLAH bg aku bnyk pintu. Aku patut bersyukur ngn pintu2 yg sedang terbuka utk aku dan pasal jodoh..aku berusaha dgn cara yg dianjurkan agama..dan bnyk kan berdoa n solat hajat. Sapa yg x nak kawen beb..tp jodoh tu kita hanya mampu berusaha and the rest kita tawakal.

DAN APABILA SEORANG YANG BERGANTUNG SEPENUHNYA KEPADA TUHAN, MAKA DIA TERPANDU OLEH RAHMAT TUHAN DAN JAUH DARIPADA RASA BONGKAK DAN SOMBONG DIRI.

JODOH TELAH DISIAPKAN OLEH ALLAH SWT. MAKA TIDAK PERLU RISAU. JODOH ITU ADALAH SEBAHAGIAN DARI REZEKI. REZEKI SESEORANG SUDAH ADA BAHAGIANNYA. DAN BAHAGIAN REZEKI SESEORANG TIDAK AKAN DIAMBIL OLEH ORANG LAIN.

DENGARILAH SAHABATKU, ALLAH MEMUJUKMU AT-TOYYIBAT LITTOYYIBIN (AN-NUR:26) WANITA BAIK ITU DIJANJIKAN UNTUK LELAKI BAIK DAN SEBALIKNYA. TELAH TERCATAT SEUNGKAP NAMA LELAKI DI LOH MAHFUZ UNTUKMU. CUMA PERIBADINYA DITENTUKAN OLEH SEJAUH MANA KETINGGIAN PERIBADIMU. JIKA KAU DI ATAS JALAN YANG DIREDHAI, INSYAALLAH SI DIA TURUT TURUT DI JALAN YG SAMA. LUPAKAN SEGALA KEGUNDAHAN . TEGUHKAN DIRI PADA CINTA HAKIKI. MESCAYA CINTA LELAKI SOLEH TURUT KAU MILIKI…ALLAH MENYAYANGI HAMBA2NYA.

Ok jadi to all the single ladies..selalulah berfikiran positif…don’t juz stop n stare at that door…lets move on gurls!!!

WANITA, BILA KAMU ADA ILMU DAN HARTA. MILIKILAH SEPUAS2NYA TIDAK PERLU MERASA SEDIH KENAPA MASIH BERSENDIRI..

Kesimpulannya yg ingin aku sampaikan di sini adalah…aku bukanlah anti perkahwinan (aku juga seperti kalian2 ingin berkeluarga, ingin menikmati pahala sebagai seorg isteri n mengandungkan dan melahirkan) tetapi aku memilih untuk sentiasa rasa bersyukur dgn apa yg aku telah dpt. Aku memilih untuk tidak merasa murung untuk benda2 yg aku tidak dpt. Aku tau ALLAH amat menyayangi aku! Apa2pun dalam hidup ni adalah neva give up n keep on trying. Dan untuk jodoh…jgn terlalu gopoh..kerana gopoh itu kerja syaitan. Kita bercakap tentang lifetime partner ye..so take tym to make the decision…jgn sesekali membelakangkan mak ayah…kerana redha ALLAH itu terletak pada redha mak ayah.
Wallahua’lam..