SMN & SNB =)

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, January 31, 2009

ketabahan udak2 palestin tiada tandingan!!!


bebaru ni..aku x igt la tarikh kan..aku seperti biasa..tepat pukul 8 mlm..nonton buletin utama..dimulakan dgn berita terkini ttg GAZA CITY.

betapa aku kagumnya ngn sorang udak lelaki yg berumur 10 tahun ni..dia ditemuramah ttg bagaimana perasaan dia dgn peperangan yg sedang berlaku. dia jwb simple ja utk soklan pertama dan kedua...dia jwb... "la" wa "la"....then soklan seterusnya dia jwb HASBUNALLAH WA NIKMAL WAKIL. (maha suci Tuhan..cukuplah dia sebagai pelindung) -kalau x silap aku meaning dia. correct me if im wrong k.

terduduk, terkesima n berlenang ayor mata aku melihat ketabahan udak ini..dan jwpn yg menunjukkan begitu jitu dan kuatnya iman dia di kala baru berusia 10 tahun. dgn ujian yg begitu dahsyat...jwpn nya ...subhannallah. begitu matangnya pemikiran mereka..nk dibandingkan dgn org msia umo 40-an pun..may be xdpt jwb cm tu.

Kalau kita baru ditimpa bala skit ja..maki hbs suma org...org tu salah..org ni salah...xpenah nk pk ujian itu dtg dr siapa kan. aku tegur diri aku sendiri.

uat adik tu...semoga dikurniakan tahap kesabaran, kesyukuran yg tgi dan menjadi org2 yg hebat bila besar nnt :)



barakkalah hufik!

ukhwah fillah abadan abada

PERANCANGAN KEWANGAN



Perancangan kewangan yg baik adalah amat penting untuk memastikan kebahagian dlm hidup kita. Perancangan kewangan yg terbaik adalah mengikut keperluan hidup kita. Ianya perlu mempunyai strategi dan objektif yg jelas, praktikal dan mudah difahami. Aku x kata duit itu segala-galanya akan tetapi segala2nya memerlukan duit. Itu lumrah dunia yg harus kita terima kan. Gaji bnyk mn pun…kalau kita menerima berkat drpdNYA dan kita bijak menguruskannya..insyaALLAH akan cukup.

Ok..untuk para wanita yg amat aku sayangi…kalau kita ini diberi kesempatan utk hidup sampai usia emas la kan..jadi! Perancangan Persaraan itu amatlah penting..mari kita lihat beberapa fakta yg berkaitan yg mungkin leh trigger minda kita ya (aku petik dari http://www.simpanduit.com/) :

1- Hamper 85% org tua miskin adalah wanita
2- 80% penghuni rumah kebajikan adalah wanita
3- 60% wanita tiada pencen atau sara hidup
4- 18% wanita langsung tidak membuat simpanan utk persaraan
5- Lebih 72% pesara habiskan KWSP dlm masa 3 tahun sahaja (fuyyyooo!!!)

Rancang lah perancangan kewangan anda dgn baik…di usia awal 20-an…jgn la berhutang terlalu bnyk, gunakan credit card sewajarnya dan selalulah ukur baju di badan sendiri. Ramai org muda yg dh jadi muflis. Think about it ya! Wallahua’lam

Saturday, January 24, 2009

TO ALL THE SINGLE LADIES that i care so much!!

Salam to all readers..tujuan aku menulis artikel ini adalah untuk menyalurkan sedikit energy yg dianugerahkan oleh ALLAH kepada aku...bani! she is a single lady, optimistic about her future and highly motivated towards all the things that she dreams off. This article is specially dedicated to all the single ladies outhere!!

Ok..aku bercakap berdasarkan umur aku..ttg perasaan aku n pengalaman aku. Di kala ini usia aku adalah 24 tahun 1 bulan. Biasanya org2 di usia aku ni..ada yg sedang sibuk menamatkan zaman bujang mereka dan ada sibuk memperbaiki perjalanan kerjaya mereka la kan.

So bagi insan yg bernama bani..baginya dihadapannya ada bnyk pintu untuk dibuka dan utk di explore. Antara pintu2 yg berada di depan aku adalah pintu MENYAMBUNG PELAJARAN, VIOS/ HONDA CITY, UMRAH/HAJI, JODOH, PELABURAN dan bnyk lagi pintu (maksud pintu di sini adalah lebey kurang mcm peluang la cm tu la). so apa kaitan pintu dan single ladies?? Ermmm..

Aku bnyk jugak mendengar rungutan drpd single ladies .. “weh..bila nk dpt steady bf ni??” “bani, bila aku nk kawen??” “bani, aku nak anak!!” haha..mcm2 lagi soklan yg dilontarkan. Sebagai insan biasa..biasala kan soklan cm ni. Selalu jawapan aku cm ni la… “tgk aku ni pun xdak bf gak..relaks ja” hikhik.

So skg aku nk explain..apa kaitan pintu ngn single ladies. Bagi aku..i don’t put too much pressure about having a bf. Dan bagi aku...di depan aku bnyk pintu yg sedang terbuka dan menunggu aku untuk masuk ke dalamnya…jadi aku memilih untuk tidak berdiri saja di hadapan pintu jodoh dan sedih. No..no…ALLAH bg aku bnyk pintu. Aku patut bersyukur ngn pintu2 yg sedang terbuka utk aku dan pasal jodoh..aku berusaha dgn cara yg dianjurkan agama..dan bnyk kan berdoa n solat hajat. Sapa yg x nak kawen beb..tp jodoh tu kita hanya mampu berusaha and the rest kita tawakal.

DAN APABILA SEORANG YANG BERGANTUNG SEPENUHNYA KEPADA TUHAN, MAKA DIA TERPANDU OLEH RAHMAT TUHAN DAN JAUH DARIPADA RASA BONGKAK DAN SOMBONG DIRI.

JODOH TELAH DISIAPKAN OLEH ALLAH SWT. MAKA TIDAK PERLU RISAU. JODOH ITU ADALAH SEBAHAGIAN DARI REZEKI. REZEKI SESEORANG SUDAH ADA BAHAGIANNYA. DAN BAHAGIAN REZEKI SESEORANG TIDAK AKAN DIAMBIL OLEH ORANG LAIN.

DENGARILAH SAHABATKU, ALLAH MEMUJUKMU AT-TOYYIBAT LITTOYYIBIN (AN-NUR:26) WANITA BAIK ITU DIJANJIKAN UNTUK LELAKI BAIK DAN SEBALIKNYA. TELAH TERCATAT SEUNGKAP NAMA LELAKI DI LOH MAHFUZ UNTUKMU. CUMA PERIBADINYA DITENTUKAN OLEH SEJAUH MANA KETINGGIAN PERIBADIMU. JIKA KAU DI ATAS JALAN YANG DIREDHAI, INSYAALLAH SI DIA TURUT TURUT DI JALAN YG SAMA. LUPAKAN SEGALA KEGUNDAHAN . TEGUHKAN DIRI PADA CINTA HAKIKI. MESCAYA CINTA LELAKI SOLEH TURUT KAU MILIKI…ALLAH MENYAYANGI HAMBA2NYA.

Ok jadi to all the single ladies..selalulah berfikiran positif…don’t juz stop n stare at that door…lets move on gurls!!!

WANITA, BILA KAMU ADA ILMU DAN HARTA. MILIKILAH SEPUAS2NYA TIDAK PERLU MERASA SEDIH KENAPA MASIH BERSENDIRI..

Kesimpulannya yg ingin aku sampaikan di sini adalah…aku bukanlah anti perkahwinan (aku juga seperti kalian2 ingin berkeluarga, ingin menikmati pahala sebagai seorg isteri n mengandungkan dan melahirkan) tetapi aku memilih untuk sentiasa rasa bersyukur dgn apa yg aku telah dpt. Aku memilih untuk tidak merasa murung untuk benda2 yg aku tidak dpt. Aku tau ALLAH amat menyayangi aku! Apa2pun dalam hidup ni adalah neva give up n keep on trying. Dan untuk jodoh…jgn terlalu gopoh..kerana gopoh itu kerja syaitan. Kita bercakap tentang lifetime partner ye..so take tym to make the decision…jgn sesekali membelakangkan mak ayah…kerana redha ALLAH itu terletak pada redha mak ayah.
Wallahua’lam..