SMN & SNB =)

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, March 28, 2010

ISLAMIC TIPS FOr ALL THE FACEBOOK USERS


banyak kita dengar sana sini diperkatakan tentang hukum join FB ni..so lets make it clear. Hukum membuka akaun FB dan menggunakannya adalah HARUS selagi tidak disertakan dan tidak mampu dihadirkan bukti bertulis yang keuntungan daripada FB ini digunakan untuk penjajahan haram, keganasan dan serangan ke atas umat ISLAM. sekiranya, dapat dibuktikan maka hukumnya bertukar menjadi HARAM.

walaupun HARUS, umat ISLAM sepatutnya berhati2 dan telah disarankan oleh Ustaz Zaharuddin abd Rahman (petikan dr majalah solusi no. isu 17 beberapa tips bagi FB user. so sama2 la kita amik iktibar (ade ayat ku tambah skit2)..n kalau terkena batang hidung tu..sila betulkan hidung anda. hahahaha. post ni juga ku tujukan utk diri sendiri utk memperbaiki diri yg jahil lg hina..

1) memanipulasikan akaun FB utk manfaat ISLAM melebihi kepentingan peribadi. contohnya, memberikan kata2 yg baik dalam status kita, hadith atau ayat Quran, video atau audio dan sebagainya lah.

2) tidak memasukkan perician peribadi yg sensitif. cukuplah sekadar nama, dob dan education.

3) tidak berkongsi terlalu banyak gambar peribadi (khususnya ppuan) tanpa had. perlu diingat ia akn kekal di FB org yg dikongsi dan juga syarikat FB.
contohnya: gambo kissing, gambo yg terlebey over..bnyk terjadi ni...

4) jaga aurat dan pandangan mata. jgn upload gambo yg tidak lengkap penutupan auratnya (khususnya wanita), apatah lagi yang benar-benar mendedahkan aurat.

5) elakkan ghibah (mengumpat) dalam FB krn telah terang lagi bersuluh bhw mengumpat yang diibarat memakan bangkai saudara sendiri itu haram hukumnya.
astaga....ampunkan ya ALLAH..

6) hadkan dan kurangkan perbincangan soal remeh temeh peribadi yang MEMBUANG MASA DIRI SENDIRI DAN ORG LAIN
-yg ni mmg banyak...hahahaha. majoritinya ppuan, bukan boleh ditegur..kang hangen...kpd golongan sebegini, get a life..mungkin org layan status kita, ikhlas or x, xtau la kan..tp kisah hidup kita menjadi bualan di pejabat2, n mcm2 lagi la. salah sape? reserve la skit utk diri sendiri..xperlu spill it out..nampak sgt x matang lau suma benda, susah payah idup kita pun nk update kat FB. org len pnya cabaran hidup lagi tough tp x kecoh pun. malu sket. sifat malu tu penting. may be yg dh xtahan..bg teguran..kita melenting. salah sendiri kabur...renung2kanlah k..

7) tidak terlibat dengan mainan dan aplikasi yang dijangka bercanggah dgn islam seperti kuiz ramalan nasib. sama ada atas dasar suka2 or ape2 je la. niat sama sekali x menghalalkan cara. ingat tu..
- contoh terkini...My Daily LUck..main poker ke...lu pk la sendiri ek..

8) tidak mempercayai aplikasi tilik moden spt rahsia tarikh lahir dan sepertinya lah.ada atas dasar suka2 or ape2 je la.

9) menyedari bhw info kita di FB blh menjadi database pihak asing utk memantau kehidupan kita jika tidak dikawal.

so ape tgu lagi..sama2 la kita memperbetulkan diri kita selagi kita masih dpt bernafas. kerna mati itu tidak mengenal usia. dan jangan la kita memperbodohkan diri kita dgn mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata jgn kerana disebalik tiap2 sesuatu itu pasti ade hikmah n solid reason. ISLAM IS THE WAY OF LIFE! takbir! =)
yg baik itu dtg dr ALLAH..yg buruk itu dtg dr kelemahan diri ku sendiri. maaf n tq for ur precious time k.

1 comment:

s'cat said...

ilmu teknologi atau penemuan baru sememangnya dicipta utk memberi manfaat kepada manusia. namun, semuanya bertitik tolak dari dalam diri kita sendiri. ada akal, guna! kalo kanak2 belum baligh tapi tahu membezakan baik dan buruk kite panggil mumaiyiz. ni kes terbalik! facebookers i believe sume dah baligh dah tapi xpandai beza baik buruk...org camni xtau la cheq nak panggil apa..