SMN & SNB =)

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, August 29, 2010

sakit GG ag..

berikut adalah rawatan yg bakal aku amik. di kala fasa terakhir ramadhan ni..tabahkan ati =D

Rawatan salur akar (rawatan endodontik) merupakan salah satu rawatan
pilihan bagi gigi yang telah dijangkiti atau rosak atau mati agar gigi
tersebut tidak dicabut dan boleh terus kekal berfungsi di dalam mulut.

Apakah ciri-ciri gigi yang memerlukan rawatan salur akar?

  • Gigi yang rosak teruk atau mempunyai tampalan yang besar hingga melibatkan lapisan pulpa.
  • Gigi yang telah mati.
Kenapa rawatan salur akar perlu dilakukan?

Rawatan salur akar dilakukan supaya gigi yang rosak itu tidak dicabut yang mana akan dapat mengekalkan gigitan dan fungsi gigi.


Apakah akibatnya jika rawatan ini tidak dibuat?
  • Ketidakselesaan atau kesakitan akan bertambah teruk.
  • Jangkitan atau nanah akan terjadi pada gigi tersebut.
  • Gigi itu mungkin terpaksa dicabut.

Prosedur

Rawatan ini mungkin memerlukan satu hingga dua atau lebih temujanji.
Salur akar (kanal) gigi akan dibersihkan terlebih dahulu dengan
menggunakan peralatan dan ubatan sebelum ianya ditutup.



Soalan yang kerap ditanya

Adakah rawatan ini menyakitkan?
  • Kebiasanya rawatan ini tidaklah menyakitkan. Bius setempat kadang- kadang digunakan jika perlu.
  • What complications may arise?
    • You may experience bleeding, pain, swelling or discomfort.
      Infection may also occur but this can be treated with antibiotics and pain killers.
  • Adakah saya memerlukan korona selepas rawatan salur akar?
    • Rawatan
      salur akar tidak semestinya memerlukan korona. Rawatan korona hanya
      perlu jika kehilangan struktur asal korona gigi sangat teruk.
  • Di mana saya boleh mendapatkan rawatan ini?
    • Anda boleh ke klinik pergigian yang berhampiran untuk mendapatkan nasihat, pemeriksaan dan maklumat lanjut mengenai rawatan ini.
  • No comments: